“The truth is, everyone is going to hurt you. You just got to find the ones worth suffering for.” ― Bob Marley ;)

Tabahkah Hatiku?

Assalamualaikum WBT.
Hai para blogger & follower ku.
Dah lama tak post kat blog ni. Terasa rindu pulak. Hari ni saya rasa lapang sangat-sangat dan kelapangan hati dan jiwa ini yang mendorong saya untuk berblog kembali. Ikutilah luahan hati seorang insan yang BARU SAHAJA kecewa dan bersedih ni. Dan, ambil la sebagai dorongan. :)


           Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa. Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita. Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!


Tolonglah.. Janganlah Bersedih =D Mari Kita Senyum!
Jangan bersedih, Allah Maha pengampun dan Maha penerima taubat
Jangan bersedih, setiap sesuatu telah ada qada dan qadarnya
Jangan bersedih, kerana kelapangan pasti datang
Jangan bersedih, kerana rahmat Allah melimpah ruah
Jangan bersedih, memaafkan orang yang menyakiti itu lebih baik
Jangan bersedih, masih banyak lagi nikmat yang ada pada diri kita
Jangan bersedih, dunia ini tidak layak ditangisi
Jangan bersedih, banyak cara untuk mengusir kesedihan
Jangan bersedih, anggaplah celaan orang itu sebagai angin yang lalu
Jangan bersedih , hinaan tidak selamanya buruk
Jangan bersedih, pilihan Allah adalah yang terbaik
Jangan bersedih, selagi anda masih boleh berbuat baik kepada orang lain
Jangan bersedih, keranan banyak lagi jalan untuk meringankan musibah
Jangan bersedih, masih ramai orang yang menyayangi anda
Jangan bersedih, kerana masih ada kehidupan lain
Jangan bersedih, tanyalah dirimu tentang hari ini, kemarin dan esok
Jangan bersedih, kesedihan boleh merosakkan badan dan akal fikiran
Jangan bersedih, kerana hidup ini bukan untuk bersedih
Jangan bersedih, selagi anda beriman kepada Allah
Jangan bersedih, segala yang ada di dunia ini tidaklah berharga
Jangan bersedih, nikmatilah apa yang anda miliki sekarang
Jangan bersedih, boleh jadi cubaan ini adalah anugerah
Jangan bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain
Jangan bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat
Jangan bersedih, kehidupan ini lebih singkat dari yang kita jangkakan
Jangan bersedih, kesedihan akan membuatkan musuh anda gembira
Jangan bersedih, hadapilah kenyataan walaupun pedih
Jangan bersedih, kerana...segalanya akan berakhir..insya-Allah
 
وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Ali Imran : Ayat 139

SEKIAN, WASSALAM.

Salam 1 malaysia, kalau suka sila LIKE~

No comments: